Kenali Currency.. Apa itu Major Pair, Cross Pair dan Exotic Pair?

Matawang-matawang yang sering didagangkan di pasaran forex terdiri daripada 8 matawang utama

  1. US Dollar (USD)
  2. Euro (EUR)
  3. Great Britain Pound (GBP)
  4. Japanese Yen (JPY)
  5. Australian Dollar (AUD)
  6. Canadian Dollar (CAD)
  7. Swiss Franc (CHF)
  8. New Zealand Dollar (NZD)
Setiap matawang mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Namun begitu, matawang-matawang ini perlu didagangkan berpasangan atau pair. Contohnya EURUSD, GBPJPY, AUDCAD, NZDCHF, dan lain-lain lagi.

Setiap pair yang didagangkan di pasaran forex ini terbahagi kepada 3 kategori Pair iaitu :-
  • Major Pair
  • Cross Pair @ Minor Pair
  • Exotic Pair 
Major Pair - kebiasaannya terdiri daripada pasangan matawang yang paling kerap didagangkan. Kebiasaannya terdiri daripada matawang utama yang disandarkan pada matawang USD. Contohnya EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, USDJPY, USDCAD, dan USDCHF. 

Minor Pair @ Cross Pair - Kebiasaannya pair yang disandarkan kepada matawang utama SELAIN dari matawang USD. Contohnya EURJPY, AUDCAD, GBPJPY, AUDJPY, AUDNZD, EURGBP, dan lain-lain lagi.

Exotic Pair - Pair yang sangat jarang menjadi pilihan forex trader kerana pergerakannya yang sukar dijangka. Kebiasaannya terdiri daripada matawang utama yang dipasangkan dengan matawang lain. Contohnya USDHKD, USDSGD, USDMXN, USDZAR, dan lain-lain. 


2 ulasan:

  1. Selamat siang admin
    Saya Okta dari broker ForexMart.
    Kami tertarik untuk menawarkan kerjasama afiliasi kepada anda. Bolehkah saya meminta nomor kontak untuk mempermudah membicarakan ini lebih lanjut? Atau anda juga bisa menghubungi saya melalui 08111622285 / okta@forexmart.com
    Terima kasih
    Okta
    Business Development

    BalasPadam
  2. unikltipupelajar.blogspot.com

    BalasPadam