Kenali Currency.. Apa itu Major Pair, Cross Pair dan Exotic Pair?

Matawang-matawang yang sering didagangkan di pasaran forex terdiri daripada 8 matawang utama

  1. US Dollar (USD)
  2. Euro (EUR)
  3. Great Britain Pound (GBP)
  4. Japanese Yen (JPY)
  5. Australian Dollar (AUD)
  6. Canadian Dollar (CAD)
  7. Swiss Franc (CHF)
  8. New Zealand Dollar (NZD)
Setiap matawang mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Namun begitu, matawang-matawang ini perlu didagangkan berpasangan atau pair. Contohnya EURUSD, GBPJPY, AUDCAD, NZDCHF, dan lain-lain lagi.

2 Days in January



2 Days in January ini adalah filem berdasarkan kisah benar 2 orang pemuda yang nekad menjana pendapatan melalui Forex.

Bertambah menarik apabila mereka berjaya menjana pendapatan dari USD10k ke USD50k hanya dalam masa 4 jam. Sungguh berinspirasi.

Bagaimanakah mereka melakukannya? Apakah strategi dan teknik yang digunakannya?

Wah! Rasa semakin bersemangat nak mendalami ilmu Forex ni. Walau pun trade forex ini sangat berisiko, tapi dengan ilmu, tak mustahil kita juga boleh menjana pendapatan melalui forex seperti 2 pemuda berkenaan.

Jom layan dan hayati filem pendek ini buat inspirasi kita sebagai Forex Trader.

Kelengkapan Asas untuk Trading Forex

Untuk menjadi seorang Forex Trader, anda memerlukan kelengkapan asas seperti :-
  1. Desktop @ PC, Laptop, Tablet atau Smartphone.
  2. Internet
Ya, secara asasnya itulah 2 perkakasan yang paling penting sebagai seorang Forex Trader.

Desktop atau Laptop dengan spesifikasi asas atau standard sahaja sudah memadai. Selain itu, kini anda juga boleh trade forex dengan menggunakan mobile gadjet seperti Tablet atau pun Smartphone.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi kalau anda nak puas hati, sebaiknya gunakan Laptop. Bukan saja ianya lebih mobile, malah skrinnya juga lebih besar. 


Apa itu FOREX?

belajar asas forex
Forex adalah singkatan daripada perkataan Foreign Exchange iaitu dagangan pertukaran matawang asing yang juga turut dipanggil spot market, spot forex, FX, dll.

Aktiviti dagangan Forex juga merupakan pasaran dagangan terbesar di dunia dimana dianggarkan transaksi sebanyak USD 2 trillion diperdagangkan setiap hari. Malah, jumlah dagangannya dikatakan semakin hari semakin berkembang. 

Sebenarnya, pasaran forex ini telah lama wujud dimana penglibatan dagangannya sebelum ini hanya melibatkan bank-bank dan company trading yang besar sahaja. Ini membayangkan bahawa hanya mereka yang mempunyai wang yang banyak sahaja yang biasa terlibat dalam aktiviti perdagangan ini.

Namun pada awal 1990-an, aktiviti dagangan forex mula dibuka kepada pedagang-pedagang runcit (retails trader) untuk memasuki pasaran dagangan matawang terbesar dunia ini hanya dengan modal yang minima.

AMARAN! Dagangan FX melibatkan tahap Risiko yang TINGGI. 

Harus diingat, pelaburan dalam dagangan forex adalah berisiko tinggi. Anda mungkin boleh menjadi kaya dengan sekelip mata. Begitu jugalah sebaliknya. High Risk, High Return. Namun, anda boleh meminimakan risiko dengan adanya ilmu berkaitan forex trading. Trade tanpa ilmu membuatkan anda bagaikan berjudi nasib. Maka, belajarlah. Jom kita sama-sama dalami ilmu berkaitan asas forex.